Selasa, 14 Ogos 2012

SAYANG

Sayang
hari ini aku tak endah
lagikan kisah
aku mahu menceritakanmu
mahu mimpikan kamu

Sayang
selepas kelmarin berlalu
aku masih rindu

Bau disetiap pelosokmu
yg kau rangkul ketat
mendengus keras
kau tunjukkan rindu di situ

Sayang
aku mahu kau bingkas
dari katilmu
juarakan ghairahmu denganku

Sayang
itu airmata terakhirku
jangan kau pandang lagi
mata bulat ini tersedan

Sayang
kelmarin
kau bisikkan sesuatu
biarpun kau tak katakan
biarpun tidak siapa dengarkan

Sayang
engkau sayangku
jangan pergi lagi
teman aku

Sabtu, 11 Ogos 2012

Atas katil


Atas katilnya macam langit. Bebas dan luas
Atas katilnya, terselit kisah pari-parinya 
Atas katil itu juga , dia tampal senyuman sebelum tidur  
Rangkul kuat rasa itu sebelum pejam 

Menganggap seperti tidakkan aku lagi . Apa yg ada di katil , itu adalah impian kau . Aku tak berhak kacau .

Isnin, 30 Julai 2012

PELUK

Hari ini aku menebus dosa
Terampun dengan senyuman
senyuman yg mengumpulkan rindu
rindu yg tak layak aku mimpi


Saban malam aku cipta minit
untuk gelita diam seketika
untuk sunyi menekap bunyi
tapi jiwa tidak sampai


Ada tembok dia letakkan
dan aku
bagai sungai beku
tak mampu mengalir


Antara mati
jasad ku lepaskan nyawa

Jumaat, 13 Julai 2012

ULANGTAHUN

Entah kenapa semingguan aku terus terkacau dengan cerita lama . Aku mengaku . Aku pernah membuat kesilapan . Di mana kita tidak lari - mentahnya ego semasa muda . Kenapa tiada langsung peluang .


"..This anniversary may never be the same
Inside I hope you know I'm dying
With my heart beside me
In shattered pieces that may never be replaced.."



Kadang aku tak mampu membelek ini semua - aku menyekat rindu aku dekat kau . Tiba masa aku ceritakan dekat kau - umpama jajaan cerita dongeng . Tiada erti satupun dekat kau . Hari-2 aku lepaskan kau . Aku juga sakit . Itu adalah selepas aku hidup dalam kekhilafan . Itu yg perlu kau faham . Seperti tuangan kata-kata kau , gelak-tawa bukan penjamin sebenar apa hati kita rasa . Orang taktahu sakit di dalam .  Sama seperti aku . Tiap hari aku lari dan lari , mengelak dan menepis . Tapi sampai bila . Aku tak mampu lagi - Aku perlu mengaku . Aku rindu kau .


Aku tahu aku tidak berhak lagi menggugat hidup kau . Satu pun aku tak patut tegur . Rasa kau sudah mati untuk aku . Hilang seperti air tawar . 

Ramai yg semakin dekat dengan kehidupan mereka . Mereka lah yg memberi kau senyuman , riang dan erti buat kau . Bukan aku lagi kan ? Ahh persetankan kau bilang aku tidak punya perasaan !
Aku cukup tegar menyimpan rasa dan aku jelaskan tadi - itulah kesilapan aku dulu . 

Malam tu , aku betul-betul terlekat pada bantal . Runtunnya kemegahan aku sebagai anak jantan . Dan aku sedar - titik itu noktah , bukan lagi permulaan satu garisan . Terima Kasih


angkatigabelas#







Ahad, 8 Julai 2012

SEMBUNYI

Aku tahu kau marah . Tetapi Tuhan telah mengadili aku . Kenapa aku tak dapat lupa . Dan ia bikin aku sakit sekarang . Kalau aku dapat ubah . Terima Kasih

Jumaat, 6 Julai 2012

BERLARI KE HUTAN - PART I

Termenung
Mengeksplorasi rimba namanya

Tinggi dan aman
Sebelum keberangkatan
Meneguk
Hijau dan jernih
Poser



MANGSA HOMOSAPIEN

Kali ini aku mampu . Aku berdaya . Aku rasa menang . Aku tenang –
Tenang tanpa bersemuka dgn muka-mukah
Jauh dari bohong-bohong metropolitan
Riuh , lolong-teriak , jeritan bajingan – lemas

Pagi itu , suria memercik warna fajarnya . Terus batu itu jadi alas jiwanya .
Bertentang emosi menghadap laut hijau . Tunggu – sampai bau pagi itu lalu habis seluruh nurani – men’cis-kan hati hitamnya – Dia itu adalah aku

Kelopak yg makin membugar , hati makin tegar
Ini-lah keagunganMu Tuhan
Kau bawa aku ke sini , ajar aku arti
Perbezaan – Moga terhilang kufurku

(aku kan sudah bilang – aku kan berlari ke hutan)


Khamis, 5 Julai 2012

SESUMPAH BERPUAKA


Itu norma-dogma nya . Berpuitis mengikis belang si jantan . Bikin pria tewas dan sesat . Licik menguntai – mengikat satu bentuk tali koneksi . Kenapa tidak kau baringkan saja pada kamar zina-mu , asal runtuh kocakan dosa-mu .
Kau reka syurgaloka-mu , kau lari – kau terbang umpama malaikat dan bawa iblis bertandang ke teratak ganyang-mu.
Kau sesumpah berpuaka . Aku jamin - 

Isnin, 18 Jun 2012

KOLUM CINTA MUNAFIK

Satu imaji tentang diri aku dan hormon - hormon sakit yg aku sorokkan di sebalik pepetak imaji ini.


Kau dan mereka , kalian tidak akan nampak .





Dalam ketidak-tentuan sekarang ,  sungguh aku rasa emosi ini  bagai bangunan yg tidak kukuh . Keakraban hidup-karma itu aku rasa tipu. Jujurnya , aku berang kerna kehidupan itu-lah yg membenarkan segala bohong-bohong itu bermaharajalela - berkuasa gah seekor raksasa. Apa gunanya aku  berkeringat mengutip dosa dan pahala.
Kalau dunia sentiasa berkelakuan kejam.


Kau tahu kenapa aku mencipta ruang puisi dalam diri ?

Aku mulakan menulis . Berpuisi kerna dengan interpretasikan jiwa dan emosi dalam baris bait , ini-lah penerusan hikayat manusia seperti aku. Selang beberapa tahun - manusia akan melihat dirinya yg lama , untuk mengenal diri-nya | alpa .

Barangkali Tuhan telah menetapkan , kenapa aku perlu tentang ? Itu soal Aku - Tuhan . Nanti , diari - diari  ini menjadi saksi Masyarku . Wallahualam -

Siapa bilang sahabat itu tegar , cinta itu pelengkap . Kita masih mabuk-leka-gila . Aku tak lagi (pernah) merasa , melihat-pun cinta antara manusia ditakrifkan mulia . Sahabat ? aku pernah letakkan mereka dalam konteks malapetaka. 

Aku tak perlukan
Aku tak berkehendakkan

Sebagaimana bumi berpaksi
Takdir ikut berpusing 

Tanah tumpahnya darahku , mungkin satu hari nanti
tak lagi aku mencium bau negeri-ku , memijak daerah, simpang-lorong luas ini .
Akanku ramas perit sepeninggalan masyarakat waris Belanda , mohon makbulkan Tuhan --

Aku dah letih menghadap manusia di sini , aku dah lali , aku muak - sampai begitu sekali aku benci .
Dunia tak ada cinta , hanya ada lelongan jiwa munafik .

Khamis, 14 Jun 2012

KORNEA - IRIS



"..And I'd give up forever to touch you
'Cause I know that you feel me somehow.."
Melodi akustik si Quinn ni , buat aku high-stone

 Kehidupan sememangnya melacur pembohongan - petah duniawi

Ahad, 10 Jun 2012

MALAM BINTANG LAVENDER

Bintang celaka
tak sudah bertempiar
mampir lagi


Akustik melagukan
kesejukan paling damai


Dan tenang sekejap ini
aku pautkan buatmu raksasa
sempena cinta Lavender .

Sabtu, 9 Jun 2012

HARI DEMI HARI - I

i
Hari demi hari
jiwanya teracun
rindu yg bertempias


ii
Hari demi hari
menongkat cerita lama
rayu sebak-sehalus nalurinya
ucaptama si pria , tamatlah.


iii.
Hari demi hari
tak juga hilang-sisa rasa
Bagai gembala dan kambingnya
Lepas dan ikat , sama nilainya.


iv
Hari demi hari
masih dan masih
tolong . ayuhlah
bangkit si kecil


v
Hari demi hari
detik yang terlewati
akhirnya akan mati
dan hidupmu - carilah pelangi


vi
Inilah harinya
matinya doktrin-falsetto cintamu.









Khamis, 7 Jun 2012

KLISE LONGGAR



Detik yg semakin pagi
Fuhh...Aku hembus --
Berlalu pergi.


Letih mencari arti sebenar hidup dan keuntukan realiti-duniawi .

Rabu, 6 Jun 2012

LUKISAN CAIR



Aku terkesan. Langit sejuk menanti rekah dari sang matahari. Merenggut kuat perasaan mati. Subuh ini, betul mengetuk hampir keusaian jiwa. Dan ketenangan aku cari bagai sajak tanpa noktah hakiki. Kelibat petir merewang pelosok awan -- bukan kumulus . Sepekat kesumat yg aku pendam . Dipanahnya - Ya Tuhan , sakitnya. Selingan ini benar melata , buat aku leta. Mekanisme imaji , membuat aku 'basah' dalam menung.
Ya.."


Mengelak bukan satu kemenangan
Kebencian bukan satu hakikat
Tapi ketakutan
dari jiwa yg nihil dengan iman
Terperosok hasut syaitan.

Berkiblat langit marah
Aksara begitu bersimpati

Telepati mimpi-mimpi
Mungkin lagi
satu janji.."

Cukuplah. Naqlinya tiada dihijab sekali-pun. Aku tak minta dunia mempersoal aku - Tuhan sedang menghukum aku. Dosa-dosa atas nama cinta. Sesegar udara nimbus, inipun, tak luak buat sakit ini hilang.
Dan kalaupun, bermasih. Ia bermain lagi - "..ashita anata mo kimochi ga hanarete mo.."
Ke-ba-rang-ka-li-an , kelahiran baru. 

Bayang-bayang
adalah pengikut dendam

Biarlah telepati-telepati mimpi itu - 
menjadi se-misteri
menjadi tali
koneksi yg terhenti.
Hmm..

Jumaat, 25 Mei 2012

ERIKA SI GADIS MIMPI

Aku terjaga.
hampir semalaman.
ditelangkup lena berpanjangan.
seusia malam.


Radius macam radiasi.
memusing-musing.
semana aku berlaluan.

Atau aku.
tidak rela nafi.

bertapi.


Bodoh.


Mimpi apa ini ?

Selasa, 1 Mei 2012

RUMAH SINGGAH MERAH

Rumah merah tepi pudu.
macam biasa.


Aku malamkan lagi.
di situ..malam.


Buka semula garapan.
teman sekejap.
lewat-lewat dinihari.
ingatnya bagaimana.
selarut subuh, melangkah pergi.
henti Masjid Jamek.


Selamat pergi--
lagi.

Sabtu, 28 April 2012

TERPANDANG

Sungguh.
sugul menyapa.
aku tak perasan.

mekanisme foto.
bikin drama mata.

rindu--

Jumaat, 13 April 2012

SEORANG ANDIKA

Aku sedar.
dari sehalus benci lepas.
selekas tadi.

Macam neraca ,  aku terbiasa .
21tahun mengajar aku.
kesempitan gelap.
butanya terang.

4 batang tubuh.
bersuara.
menyatakan hariku.
terima kasih.

Hari ini utk esok.

Khamis, 12 April 2012

NAMA

Ah.
Jangan cabar lagi.
perhubungan mati.
lekok yg makin bengkok.

Panggilan yg sengaja.
sebutan yg aku eja.

Sekali rohku berlepas.
itulah perjalanan khayalku.
yakinkan ini dendam.

Takkan kau dengar maafku.
jiwa aku belum henti.
darahnya.

*roh semula

Ahad, 26 Februari 2012

JIWA MINOR

Kalanya sore ini . terkadang dasyat . langit terlalu marah dan sedih . siapa yg mengguriskannya ?


Sungguh . mendengar rintik-rintik , angin dan guruh berbicara bahasa mereka . aku tak dapat arti langsung .
Detik dan waktu yg memisahkan kita , kenangannya ada pada waktu seperti ini . Aku tergerak hati sebentarnya . Aku cam senyuman yg semakin terukir di wajahnya . Alhamdulillah . walau si syaitan ini yg melakukan durja , walau si syaitan ini yg masih ampuh membenci . Syaitan ini juga peluk nasibnya , adalah neraka kekal .


Beberapa ketika dulu , sang ayah dan ibu ada bertanyakan kau . Meskipun mereka sediamaklum takdir yg telah dinoktahkan kita . Mereka kelihatan bersungguh , aku bersalah sugul . Ahhh bilang emak " Dia sihat ? bila nak bawak ke mari lagi ?" . "Entahlah mak , kami tak berkawan lagi " . "Dia dah taknak kawan lagi ke? " . Aku buang lagi jauh-jauh nafas yg tersekat separas dada  , "Tak la , saya yg buat silap , salah saya " . Sampai skrgpun , aku masih lihat bibit pertanyaan yg hendak dipertanya . Tak apa , ia selalu begitu .


Kau engat lagi pada makhluk hijau berkepala besar , satu tanduknya yg kecil . Aku tak dapat hidup tanpanya . Tapi skrg aku biarkan saja itu lesu di sudut itu . Kerana ia tiada lagi jiwa utk aku . Matanya tiada lagi alis . 
Aku menulis semua ini dgn taipan yg perlahan , terlalu berat . Dosa yg aku tinggalkan .


Makanan Jepun , ergghhh rasa hanyir . tak lalu aku memikirkan ia boleh berada di perut . Sushi , tako tao . Peliknya . Sumpah seranah aku , makin menjadi kegemaran pula . Ohhh rindunya . Gelagat aku sendiri bila diingat semula , rasa kelakar pada diri sendiri . Aku takkan makan benda aneh itu tanpa sebab .


Depannya ada satu bangunan tinggi , tapi sebelum itu padang hijau yg sering dikerumuni oleh anak-anak muda yg berengset . Kongsi pensil , kongsi pemadam . Ingatkah ?


Sukar manapun ,
korek tabung ,
tidurnya , tersembul dr mulutnya .
bilakah ini bakal hapus .


Aku bencikannya ? kerana marah , dengki , cemburu . Jangan tunjukkan kehidupan kau , kerana aku bayang-bayang . 


Dan kalau sore ini ,
artinya ia temani aku ,
pinjamkan perasaanku ,
hujani bumi ini .


Aku si syaitan itu .


.

Selasa, 14 Februari 2012

SAHABAT , SATU MALAPETAKA

Mana kawan yg paling memahami .
Mana kawan yg paling manja .
Mana karenah takutkan ubatnya itu *lucu.
Mana lesap sahabatku itu .

Agaknya ke mana kawan-kawan pergi. Aku faham kehidupan setiap orang sentiasa beranjak dan bermain dgn karma masing-masing . Tapi ia bukan hilang perlahan lahan , ia tiada langsung menunjukkan angka menurun sedikit demi sedikit . Aku agak rindukan semua perkara yg tidak ada lg sekarang , nampak seperti luahan acuh tak acuh / tidak jujur . Itu sebenarnya perkara wajib bagi setiap orang . Jangan gelengkan kepala . Cuma aku perlu ikut haluan sekarang . Kawan yg paling fahami aku , apa yg aku dapat analisis dari mata jahat dan akal syaitan aku , tak ubah seperti hanya pemberontakan jiwa yg tak terlepas . Aku akui aku agak sombong mulai hari ini tetapi aku tidak hipokrit dgn yg lain . Apa yg berubah , apa penghijrahannya . Acapkali hanya luaran yg kelihatan tunduk ke bumi , walhal hati masih meninggi . Dan sedikit kehilangan dari kawan yg manja , teguran yg tak boleh diterima emosinya tatkala itu . Sebaliknya aku pula sentiasa harus lunturkan kekilanan aku . Aku sudah akur . Sahabat , satu malapetaka . Akhir aku sedari , puncanya aku . 


Hati terlalu lemah .
Sungguh , rasa dangkal .
Mereka malapetaka .
Dan aku sial .

Jumaat, 10 Februari 2012

NAIFNYA AKU



Hilang sekejap .
Hampir begitu lama juga aku tak sentuh catatan elektronik aku ni. Lama aku biarkan . Barangkali persoalannya aku sudahpun mati ataupun sengaja. Banyak perubahan telah berlaku dalam minit-minit singkat ni , yg mana bukan aku sendiri nak perkara seperti berlaku . Memang keputusan itu di tangan manusia sendiri , tapi hakikatnya itu semua sudah ditentukan . Aku pernah cuba redha dan pasrah .Jangan cakap aku hanya berlapang dada selepas segalanya . Cuma dinding bilik aku shj yg mendengar neraca nasib aku ni. Aku pun pernah menangis , ketawa dan bingung . Aku manusia biasa.




Kali ni , aku tak lagi bermain bahasa indah , sebab aku tak reti pun mengindahkan sesuatu penulisan tu. Mungkin lepas ni , aku menulis pasal diri dan kehidupan naif aku selama ni . Apa yg bakal aku pertontonkan sekadar nukil tangan-tangan nakal yg sunyi tanpa taipan . Ini yg bakal aku teruskan . Ia bukan kesinambungan , ia permulaan . Aku tidur dulu , bye .

Isnin, 9 Januari 2012

KEBENCIAN TERTUNDA

Pada aku.
kebencian itu belum habis.
habuk-habuk hipokritnya.


Perasaan yang tertunda.
kelangsungan terlanjur leka.
menyakat sesekali jiwa.
luntur rasanya.


Barangkali kita melewati.
pelusuk yang jauh.bersama.
hujungnya destinasi.
berbeda.


Harapnya bahagia di sana.
di kota masing-masing.
walau benci itu belum tamat.
tak mungkin.