Jumaat, 10 Februari 2012

NAIFNYA AKU



Hilang sekejap .
Hampir begitu lama juga aku tak sentuh catatan elektronik aku ni. Lama aku biarkan . Barangkali persoalannya aku sudahpun mati ataupun sengaja. Banyak perubahan telah berlaku dalam minit-minit singkat ni , yg mana bukan aku sendiri nak perkara seperti berlaku . Memang keputusan itu di tangan manusia sendiri , tapi hakikatnya itu semua sudah ditentukan . Aku pernah cuba redha dan pasrah .Jangan cakap aku hanya berlapang dada selepas segalanya . Cuma dinding bilik aku shj yg mendengar neraca nasib aku ni. Aku pun pernah menangis , ketawa dan bingung . Aku manusia biasa.




Kali ni , aku tak lagi bermain bahasa indah , sebab aku tak reti pun mengindahkan sesuatu penulisan tu. Mungkin lepas ni , aku menulis pasal diri dan kehidupan naif aku selama ni . Apa yg bakal aku pertontonkan sekadar nukil tangan-tangan nakal yg sunyi tanpa taipan . Ini yg bakal aku teruskan . Ia bukan kesinambungan , ia permulaan . Aku tidur dulu , bye .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan