Selasa, 14 Ogos 2012

SAYANG

Sayang
hari ini aku tak endah
lagikan kisah
aku mahu menceritakanmu
mahu mimpikan kamu

Sayang
selepas kelmarin berlalu
aku masih rindu

Bau disetiap pelosokmu
yg kau rangkul ketat
mendengus keras
kau tunjukkan rindu di situ

Sayang
aku mahu kau bingkas
dari katilmu
juarakan ghairahmu denganku

Sayang
itu airmata terakhirku
jangan kau pandang lagi
mata bulat ini tersedan

Sayang
kelmarin
kau bisikkan sesuatu
biarpun kau tak katakan
biarpun tidak siapa dengarkan

Sayang
engkau sayangku
jangan pergi lagi
teman aku

Sabtu, 11 Ogos 2012

Atas katil


Atas katilnya macam langit. Bebas dan luas
Atas katilnya, terselit kisah pari-parinya 
Atas katil itu juga , dia tampal senyuman sebelum tidur  
Rangkul kuat rasa itu sebelum pejam 

Menganggap seperti tidakkan aku lagi . Apa yg ada di katil , itu adalah impian kau . Aku tak berhak kacau .

Isnin, 30 Julai 2012

PELUK

Hari ini aku menebus dosa
Terampun dengan senyuman
senyuman yg mengumpulkan rindu
rindu yg tak layak aku mimpi


Saban malam aku cipta minit
untuk gelita diam seketika
untuk sunyi menekap bunyi
tapi jiwa tidak sampai


Ada tembok dia letakkan
dan aku
bagai sungai beku
tak mampu mengalir


Antara mati
jasad ku lepaskan nyawa