Selasa, 20 Disember 2011

RAGU

Penat aku menelaah.
segaris tulisan benar hitam.
kembang hujung aksaranya.


Kitab yg aku karang sendiri.
hilang mula dari ingatan.
habislah , aku celaru.
aku ragu.


Sudahlah , aku terlalu banyak bermimpi.

Selasa, 22 November 2011

MAAF

diari baru
mula tertulis


bisakah aku harungi
setiap jam 12 tengahmalam
aku mulai kembali
ke hutan tebal
sedikit terang , terlalu gelap .


aku menangis sakit
aku melihatnya lagi
dosa-dosa yang aku tinggalkan
masih kamu teruskan


pasti hisabku
tidak semudah , azabNya .

Ahad, 2 Oktober 2011

DIA BUKAN DIA LAGI.

mereka berdua.
haluan masing-masing.
lorong berlainan.


tapi dia masih di terowong.
sama lagi.


dan dia pula.
meneropong realiti.
pemberontakan jiwanya.


aku ?
bukan melawan takdir , tapi takdir itu.
bukan aku punya.

Jumaat, 23 September 2011

JURANG

aku tak pernah menang.
aku tak pernah berdiri atasmu.
dan kalau ini permainan.


kau yg memulakannya.
sebenar apa aku marah.
meletak salah atas bahu sendiri.


aku tak pernah salahkan kau.

Sabtu, 17 September 2011

IMPIAN ROH YANG SAKIT

seharian aku tak makan apa-apa.
aku hilang rasa selera.
atau barangkali.
menanti sakit itu datang.
dapatlah aku lari.
melekakan seketika.
penatnya hidup.

*lebih berkisar tentang diari aku

Isnin, 12 September 2011

LUDAHAN MEMAKAN DIRI

aku terjaga lagi.
aku perlu cepat.
atau keadaan itu sendiri.
telahpun berhenti.


adakah aku terlalu bodoh ?
sampai terus diperbodohkan.
berdiri dihutan sunyi.
mengharap cahaya melindungi sahaja.


aku bukan yg ditunggunya.
aku bukan orangnya.
sekalipun menerima seadanya.


matikan saja.
deria perasaan.
tidak makan hati , terasing diri.

Ahad, 11 September 2011

KELAM

hari ini.
aku padam segala lampu.
aku hiaskan rumah.
macam aku rasa.


tidak ada satu pun.
cahaya asing yang menyinsing.
telah aku jawab.
ketika berbunyi sepi.

Khamis, 8 September 2011

KAU CIPTA DRAMA , AKU PELAYARNYA.

sehampir genap dua dan kosong.
semuanya hampir dusta.


diam bukan aku kalah.
tapi masih belum ada helah.
sepelusuk kau mengadu.


cukuplah.
hentikanlah.
kau selalu memainkan.
bait-bait lenconganmu.
yang pasti melekakan.


aku sudah penat.
terputar oleh layar-layar.
yg sedang kau pusingi.


bermuhasabahlah.
dan fikir guna akalmu.

Isnin, 15 Ogos 2011

CELARU.

andai manusia.
punya dua hati.
legar-legar.
teriak dalam sehalus.
roh.

yang lain menyendeng.
menyimpang fikiran.

jiwa yg terancam.
hanya Esa mengartikannya.
bathiniyah seperti aku.

*jiwang kali ni.HAHA

Rabu, 13 Julai 2011

SELERAK

aku hanya manusia sampah.
yang datang ke bumi.
membuat keselerakan.

Khamis, 7 Julai 2011

SOSOK BENCI

secarik tenang yang aku telan
zahirnya adalah serpih-serpih
sepi.


sosok-sosok kebencian
terus saja merasuk
karena sakit yang tidak dapat dilenyapkan
karena dendam belum lengkap.


sekitar manusiaku
hanya jasad-jasad topeng
temanku bukan bintang
penyuluhku bukan cahaya.

Jumaat, 6 Mei 2011

TAMAT

aku patut berangkat pulang.
hentikan semua ini.
suara.teriakan dari belakang.
usah aku pandang dan dengar.
hilangnya nyawa si pengarang.
andika.

*terima kasih kepada yg memberi sokongan dan kritikan.blog ini akan ditinggalkan utk masa yg lama atau selamanya.

Jumaat, 22 April 2011

HAMBAR.

habis terleka.
sepi merangkap diri.
nafas mulai letih. *sedikit lelah
jiwa mati.
kadang menyentak.
emosi tersudut leta.


barangkali.
tangan kiri hampir mungkin.
lenyap. *lumpuh
perlahan pergi.
tanpa lagi tulisan.
puisi.


*tak mampu tulis lagi.

Rabu, 13 April 2011

SELAMAT HARI LAHIR , IM ANDIKA.

12 tengahmalam yang bermula.
suram jernihnya.


aku nak lari dari tarikh ini.
tapi apalah kuasa.
aku makhlukNya.
yang diciptakan hari ini.


selamat ulangtahun kelahiranku.
13 APRIL 1991

Ahad, 10 April 2011

BUKAN BINTANG BIASA

kau tahu.
seiring aku jengah jendela.
lama aku menanya.
suram malamku
gelap langitku


kenapa ada bintang.
sepertimu.


kerlipan yg ada
menyelusup diari hari-hariku.
mencipta tulisan indah
bersama


kita jauh.
kadang tak nampak.
tapi saling meluah.
sehingga waktu menjawab.




persahabatan.
aku kira.
bagai malam dengan bintangnya.


kelibatmu.
bukan bintang biasa.

Khamis, 7 April 2011

Isnin, 4 April 2011

NYALAAN TULISANKU

ada apa pada tulisanku.
aku tengadah dagu.


apa maksud ini.
apa bikin aku terus menulis.
walau dalam sedikit suluh.
nyawa tetap di pensil.


berpaling selingkuh.
ku petik sebuah puisi.


*nyalaan puisi bagiku

Selasa, 29 Mac 2011

LINTASAN MIMPI

sedang aku mengejar mimpi.
langkahku membatu.


*keluh
belum tentu.
aku dapat memijak langit.

Ahad, 27 Mac 2011

BANGKU

terbiar.
sebuah bangku lama.
kian reput dipandangan.
makin usang keutuhan.


sekian dulunya.
labuhan manusia.
membuang letihan asing.


adakah mereka lupa.
aku dulu sandarkan menungmu.
aku temani minit-minit tunggumu.
kau duduk diam.


bangku lama.
ya , aku sudah tua.
warna perangku sudah capuk.
alur surih maka lapuk
anai - anai menjalar rakus.
melilau galau.
ditubuh uzur.


sebuah bangku lama.

Sabtu, 19 Mac 2011

TENTANG BINTANG

kecurangan langit.
menampakkan aku bintang.
bersinar akrab.
pengisi lengung malamku.


kan bintang.
yang disana.


butuhku kau suluhkan.
hening malamku.
sungguh.
aku merayu cahayamu.

Isnin, 7 Mac 2011

MALAP

mana bintang yg terang.


aku desakkan langkah
mundur pergi
buntu lari


tanpa mimpi.
aku hanya si mati.
tatap bintang malap cuma.

Jumaat, 25 Februari 2011

RINTIH

bukan semua tulisan.
ada nyawanya.
pula '
ada jiwanya.

alir air matapun.
hapus lekas.
apatah teriak.
batin yg tangis.

*bilik gelap



Selasa, 1 Februari 2011

MENGAPUNGI JIWA KIRI

hujan di luar.
melarutkan buntu malam.
hempas lagi.
kecai-kecai rasa.


buram turut disapa.
udara sejuk dinihari.


tenggelam.
malap tak bersuar.
meruyup.


lemparlah.
nafas-nafas gelapmu.
biar buta.
kelam.

Rabu, 19 Januari 2011

TAKKAN HILANG MALAP

melihat tiada lah mampu.
waima sebelah mata.
aku tunduk.
mengecam tiap.
langkah.


mana mampu lagi.
liang nafas ini.
semakin kecil.
sukar melampiaskan.
kata selingkuh.


aku ingin hilang.
dan terus malap.