Ahad, 27 Mac 2011

BANGKU

terbiar.
sebuah bangku lama.
kian reput dipandangan.
makin usang keutuhan.


sekian dulunya.
labuhan manusia.
membuang letihan asing.


adakah mereka lupa.
aku dulu sandarkan menungmu.
aku temani minit-minit tunggumu.
kau duduk diam.


bangku lama.
ya , aku sudah tua.
warna perangku sudah capuk.
alur surih maka lapuk
anai - anai menjalar rakus.
melilau galau.
ditubuh uzur.


sebuah bangku lama.

5 ulasan:

  1. Salam.

    Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

    https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

    Salam,
    Lily
    Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT. 

    BalasPadam
  2. lolitasinta ,
    tengs tapi belum cukup kreatif meh :)

    BalasPadam
  3. kadang manusia sedar
    wujudnya bangku itu
    kadang
    ada sebab manusia tak sedar
    banyak kadangkan
    kalau aku boleh bercakap dengan objek
    akan aku cakap terima kasih bangku
    tapi itu semua mustahilkan
    na'dz

    BalasPadam
  4. bangku sekadar objek di mata
    dengan dua kakinya
    pernah tak kita tahu
    tangisnya , sakitnya
    menahan duduk kita

    BalasPadam