Jumaat, 6 Julai 2012

BERLARI KE HUTAN - PART I

Termenung
Mengeksplorasi rimba namanya

Tinggi dan aman
Sebelum keberangkatan
Meneguk
Hijau dan jernih
Poser



MANGSA HOMOSAPIEN

Kali ini aku mampu . Aku berdaya . Aku rasa menang . Aku tenang –
Tenang tanpa bersemuka dgn muka-mukah
Jauh dari bohong-bohong metropolitan
Riuh , lolong-teriak , jeritan bajingan – lemas

Pagi itu , suria memercik warna fajarnya . Terus batu itu jadi alas jiwanya .
Bertentang emosi menghadap laut hijau . Tunggu – sampai bau pagi itu lalu habis seluruh nurani – men’cis-kan hati hitamnya – Dia itu adalah aku

Kelopak yg makin membugar , hati makin tegar
Ini-lah keagunganMu Tuhan
Kau bawa aku ke sini , ajar aku arti
Perbezaan – Moga terhilang kufurku

(aku kan sudah bilang – aku kan berlari ke hutan)


1 ulasan:

  1. kadang kita perlu kenal hutan hijau dr hutan konkrit
    supaya sedar ketenangan tu masih ada.
    -na'dz

    BalasPadam